Daftar Keahlian

KEAHLIAN


1.  Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas,
2.  Boleh menghadiri mesyuarat agung, layak mengundi dan dibolehkan untuk bertanding atau memegang apa-apa juga jawatan dalam KRALS,
3.  Status keahlian adalah sepanjang hayat (atau sehingga ahli memohon untuk berhenti ataupun diberhentikan kerana tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib), dan
4.  Jika permohonan diterima dan diluluskan oleh Jawatankuasa Induk, pemohon dikehendaki untuk membayar yuran seperti berikut:

(a)   Yuran Pendaftaran: RM5.00 (sekali sahaja).
(b)   Yuran Keahlian Setahun: RM30.00 setahun

PERMOHONAN MENJADI AHLI

1.  Borang permohonan boleh didapati daripada Setiausaha,
2.  Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua (2) orang ahli dan dikemukakan dan diserah kepada Setiausaha bersama bayaran yuran pendaftaran dalam bentuk tunai (bayaran melalui cek, bank draf ataupun bon tidak dibenarkan),
3.  Jawatankuasa boleh melulus atau berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi alasan melalui Mesyuarat Jawatankuasa setelah proses saringan ataupun tapisan kesahihan, dan
4.  Keputusan pemohonan sebagai ahli akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk dalam tempoh 30 hari tarikh permohonan.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan